[LIVE] Keluarga Malaysia penawar luka rakyat

2021-08-24 2,078

Keluarga Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan bertujuan untuk menyatukan semua pihak dalam menghadapi wabak Covid-19 dan krisis ekonomi negara.

Konsep berkenaan diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga dalam satu masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum melalui konsep 'Keluarga Malaysia'.

Selain itu, PM 9 turut menawarkan kerjasama dengan blok pembangkang menerusi menerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas menangani Covid-19 selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu semua pihak bekerjasama sebagai satu pasukan.

Ini kerana negara telah melalui dua peralihan kerajaan dan dua Perdana Menteri dalam tempoh hanya berbaki 21 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Dua peralihan tersebut dalam tempoh sepenggal adalah landskap politik yang merugikan rakyat dan

Persoalannya, mampukah 'kerjasama' itu berlaku? Adakah kepimpinan PM9 akan kitar semula seperti Zaman Barisan Nasional bagi barisan Kabinet baharu sebelum 1 September ?

Saksikan diskusi lanjut dalam Wacana Siri 283 SEKARANG di semua platform media sosial kami.


#WacanaSinar
#SinarUntukMalaysia
#PerkasakanSuaraMalaysia

Free Traffic Exchange